Sabtu, 7 Ogos 2010

Pelaksanaan 5S di BPSH

Pelaksanaan 5S di BPSH secara menyeluruhnya akan dikendalikan oleh Sektor Pentadbiran Kewangan dan ICT dibawah Tuan Haji Masrol bin Ibrahim. Semoga kerja buat ini berjaya dilaksanakan dengan izinNYA. InsyaALLAH.

Selamat Datang ke BPSH

Selamat Datang diucapkan kepada Tuan Haji Masrol bin Ibrahim, mantan Pengurus Kualiti JPN Selangor yang telah dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pentadbiran Kewangan dan ICT, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Tuan Haji Masrol telah berkhidmat di JPN Selangor mulai 2004 sebagai Pengurus Kualiti sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor Jaminan Kualiti di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 2007. Beliau kemudiannya dinaik pangkat ke BPTV sebagai Ketua Penolong Pengarah ICT mulai tahun 2009 dan sebagai Pengetua mulai 2010 di SM Teknik Shah Alam sebelum dilantik menganggotai BPSH pada 16 Jun 2010. Tahniah dan Selamat Datang.

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

BPSH telah selesai menjalani proses Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang telah berlangsung mulai 4 hingga 6 Ogos 2010. Juru Audit Dalam yang terlibat mengaudit BPSH ialah En. Mohd Razif bin Ibrahim (Perak) dan En. Mohd Khaidir bin Abdullah (Selangor). Mesyuarat Pembukaan telah berlangsung pada 4 Ogos 2010, jam 9.30 pagi manakala Mesyuarat Penutup pula ialah pada 6 Ogos 2010 jam 3.00 petang.Kedua-dua mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sekolah.

Dapatan Audit mendapati BPSH telah menerima 2 NCR dan 7 OFI. Audit Susulan akan dijalankan pada 26 Ogos 2010. Kini BPSH sedang melaksanakan Tindakan Susulan keatas teguran yang diterima.alam

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan proses Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BPSH.

Sabtu, 15 Mei 2010

Pra Audit Dalam BPSH

Pra Audit Dalam BPSH akan berlangsung mulai 25 hingga 27 Mei 2010. Seramai 10 Juru Audit Dalam BPSH yang diketuai oleh Mohammad yong bin Salleh,Ketua Juru Audit BPSH terlibat dalam proses Pra Audit ini. Mesyuarat Pembukaan akan diadakan pada 25 Mei 2010 jam 9.30 pagi manakala Mesyuarat Penutup adalah pada 27 Mei 2010 jam 2.30 petang. Pra Audit ini dijalankan untuk mengenalpasti ketidakakuran dan kelemahan awal sebelum Proses Audit Dalam yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai nanti. Semoga proses ini berjalan seperti yang diharapkan.

Prosedur Kualiti BPSH/JPN/PPD

PK 01 – Pengurusan Penempatan Guru
PK 02 – Pengurusan Pertukaran Guru
PK 03 – Pengurusan Pemantauan
PK 04 – Pengurusan Aduan
PK 05 – Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK 06 – Pengurusan Latihan Personel
PK 07 – Pengurusan Perolehan
PK 08 – Pengurusan Penyelenggaraan
PK 09 – Pengurusan Audit Dalam
PK 10 – Pengurusan Kawalan Dokumen Dan Rekod
PK 11 – Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
PK 12 – Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/Perkhidmatan

PENGURUS KUALITI BPSH/JPN

  • MOHAMMAD YONG BIN SALLEH (KJA-BPSH)
  • MAZZLEZA BT AB WAHAB (QM - BPSH)
  • NGADIMIN BIN SAPON (QM - JPN SARAWAK)
  • BUNSU BIN GAGA (QM - JPN SABAH)
  • MOHAMMAD HAMKA BIN HAJI HAMZAH (QM - PPWP LABUAN)
  • MOHD SHUKRI B YOP @ ABDUL AZIZ (QM - JPN KEDAH)
  • YAAKOB B ABD AZIZ (QM - JPN PERLIS)
  • MOHD RAZIF B IBRAHIM (QM - JPN PERAK)
  • ZAMBRI B ISMAIL (QM - JPN PULAU PINANG)
  • MOHD IBRAHIM BIN AZEEZ (QM - JPN SELANGOR)
  • ZAKILA BIN ABDUL RAHMAN (QM - PPWP PUTRAJAYA)
  • ZULKIFLI B. AHMAD (QM - JPN JOHOR)
  • RAMLI BIN OTHMAN (QM - JPN NEGERI SEMBILAN)
  • MOHD BIN JANIS (QM - JPN MELAKA)
  • MOHAMAD NOR AZAM BIN AHMAD MION (QM - JP WILAYAH PERSEKUTUAN)
  • ABDUL HAMID BIN DOLLAH (QM - JPN KELANTAN)
  • KAMARUDIN BIN IBRAHIM (QM - JPN TERENGGANU)
  • MANSOR BIN PENDEK (QM - JPN PAHANG)

Isnin, 10 Mei 2010

Kursus Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 tahun 2010

Berikut ialah Jadual Kursus Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2008 bagi tahun 2010 yang dianjurkan oleh TOMC.  Pengurus Kualiti JPN/ PPD yang berminat sila hubungi Pengurus Kualiti BPSH untuk tindakan pendaftaran.  Semua kos adalah dibawah tanggung jawab jabatan masing-masing.


Pensijilan MS ISO 9001:2008

Tahniah kepada Bahagian Pengurusan sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah kerana berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati ISO 9001:2008.
Tarikh sijil dikeluarkan : 10 Mac 2010
Tempoh Sah : 10 Mac 2010 - 2 November 2012
No. Pensijilan : AR 4166

TAHNIAH
dari Wakil Pengurusan BPSH

Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 Negeri Perlis

JPN Perlis telah melaksanakan 2 Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 iaitu :
a) Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 untuk 40 orang AKS JPN Perlis pada 29 April 2010 di PKG Kayang, Perlis ; dan
b) Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 untuk 40 orang Pegawai-pegawai JPN Perlis pada 5 Mei 2010 di BTPN Perlis.

Tahniah diucapkan kepada Pengurusan Kualiti Negeri Perlis yang berjaya menganjurkan kedua-dua kursus tersebut.

Jumaat, 30 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 4


Mesyuarat tersebut berlangsung mulai 21 April 2010 sehingga 23 April 2010 di Rumah Tamu, Jabatan Pelajaran Terengganu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dihadiri oleh Pengurus Kualiti Negeri Kelantan, Pengurus Kualiti Negeri Terngganu dan Pengurus Kualiti Pahang. Mesyuarat tersebut telah membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS IDO 9001:2008 iaitu penyelarsan Dokumen Kualiti, Pengurusan Audit Dalam, Pengurusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, Pemantauan Tindakan pembetulan dan Pencegahan. Pendedahan mengenai Kawalan Perkhidmatan Tidak Akur, Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan juga turut diberikan. Modul Latihan Juru Audit dibekalkan kepada Pengurus Kualiti Negeri untuk kursus juru audit di negeri masing-masing.

Mesyuarat zon 4 ini merupakan mesyuarat penyelarasan yang terakhir meliputi kesemua negeri. Hasilnya diharap semua Pengurus Kualiti Negeri berupaya mengurus Sistem Pengurusan Kualiti di negeri masing-masing seperti yang telah dirancangkan dengan berkesan.

Mesyuarat Penyelarasan MS ISO JPN/PPD Sarawak

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 22 April 2010 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat JPN Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a) Dokumen kualiti telah diedarkan pada bulan April 2010. Kelewatan berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi.
b) Pertukaran Guru - Kes rayuan setelah permohonan tukar tidak berjaya tidak terdapat dalam prosedur. Rekod bagi kes berkaitan dimasukkan dalam fail berasingan.
c) Pertukaran Guru - Permohonan pertukaran dan pengesahan dilaksanakan secara online. Cetakan maklumat berkaitan perlu sebagai rekod namun sekiranya rekod secara online / softcopy dapat dikemukakan sebagai bukti, penyimpanan secara online / softcopy dibenarkan.

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 3


Mesyuarat tersebut telah dilaksanakan mulai 6 hingga 8 April di Bilik Mesyuarat Kesidang, JPN Melaka. Negeri yang terlibat dalam mesyuarat zon 3 ini ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Pengerusi Mesyuarat ialah Pengurus Kualiti BPSH. Kesemua negeri dihadiri oleh Pengurus Kualiti masing-masing kecuali Johor dan Negeri Sembilan yang menghantar wakil kerana berlaku penstrukturan dan Pengurus Kualiti yang baru masih belum dilantik secara rasmi.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari itu telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan SPK seperti Penyelarasan Dokumen Kualiti, Penyelarasan Pengurusan Audit Dalam, Kursus Juru Audit, MKSP, Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/Perkhidmatan serta Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan. Kursus SPSS juga diadakan pada hari akhir yang turut melibatkan beberapa orang kaki tangan JPN Melaka.

Mesyuarat memutuskan perhatian harus diberikan kepada negeri Johor dan Negeri Sembilan kerana berlaku perubahan pengurusan kualiti.

Khamis, 25 Mac 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 2

Tarikh : 23 - 25 Mac 2010

Tempat : PPD Kuala Muda Yan, Kedah


Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras perkara-perkara berikut:


  • Dokumen Kualiti BPSH/JPN/PPD

  • Pengurusan Audit Dalam BPSH/JPN/PPD

  • Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

  • Kawalan Ke atas Ketidakakuran Produk / Perkhidmatan

  • Pengurusan Pemantauan

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengurus Kualiti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pengerusi Mesyuarat ialah Pengurus Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat memutuskan Pengurus Kualiti Negeri perlu mengadakan Kursus Juru Audit Dalam dengan kadar segera untuk melayakkan Juru Audit Negeri mendapat Sijil Perlantikan Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2008 sebelum proses Audit Dalam berlangsung pada bulan Jun nanti. Sijil pelantikan akan dikeluarkan oleh BPSH.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini berjaya menyelaraskan semua perkara seperti yang dirancang. Penyelarasan ini penting dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti BPSH, JPN dan PPD berjalan dalam keadaan terkawal dan seragam.



Ahad, 14 Mac 2010

Pemegang Dokumen Kualiti

PEMEGANG DOKUMEN KUALITI
01 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
02 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
03 Pengarah Pelajaran Perlis
04 Pengarah Pelajaran Kedah
05 Pengarah Pelajaran Pulau Pinang
06 Pengarah Pelajaran Perak
07 Pengarah Pelajaran Selangor
08 Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan
09 Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
10 Pengarah Pelajaran Melaka
11 Pengarah Pelajaran Johor
12 Pengarah Pelajaran Pahang
13 Pengarah Pelajaran Terengganu
14 Pengarah Pelajaran Kelantan
15 Pengarah Pelajaran Sarawak
16 Pengarah Pelajaran Sabah
17 Timbalan Pengarah Pelajaran WP Labuan
18 Timbalan Pengarah Pelajaran WP Putrajaya

Mesyuarat Penyelarasan SPK MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 1






Mesyuarat Penyelarasan SIstem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 zon 1

Tarikh : 9 - 11 Mac 2010

Tempat : PPD Miri, Sarawak



Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Dasar, Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan ini telah dihadiri oleh Pengurus Kualiti BPSH, Pengurus Kualiti Sarawak, Wakil Pengurus Kualiti Sabah dan Pengurus Kualiti Labuan. Mesyuarat berjalan selama 3 hari 2 malam dengan objektif menyelaras dokumen kualiti, audit dalam, MKSP, Kawalan ke Atas Ketidakakuran Produk dan Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan di peringkat BPSH dan JPN. Perbincangan dan perincian ke atas semua objektif berjalan dengan lancar dan teratur antara BPSH dan JPN. Memandangkan peruntukan kewangan yang terhad maka BPSH tidak akan melaksanakan Audit Dalam, MKSP dan Mesyuarat Penyelarasan seperti tahun-tahun dahulu. Mesyuarat Penyelarasan akan dibuat mengikut zon manakala Audit Dalam dan MKSP pula akan dilaksanakan oleh negeri masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2008 bagi tahun 2010 akan berjalan dengan berkesan seperti yang dirancang.

Sabtu, 20 Februari 2010

Aktiviti Kualiti BPSH/JPN

1. Mesyuarat Penyelarasan MS ISO 9001:2008 zon 1
Tarikh : 9 - 11 mac 2010
Lokasi : PPD Miri, Sarawak
Peserta : Pengurus Kualiti
Negeri Terlibat : Labuan, Sabah, Sarawak
Urus setia (Penginapan & Pengangkutan) : Sarawak

2. Mesyuarat Penyelarasan MS ISO 9001:2008 zon 2

Tarikh : 23 - 25 Mac 2010
Lokasi : PPD Kuala Muda Yan, Sungai Petani
Peserta : Pengurus Kualiti
Negeri Terlibat : Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
Urus setia (Penginapan) : Perak

Urus setia (Pengangkutan) : Kedah

3. Mesyuarat Penyelarasan MS ISO 9001:2008 zon 3

Tarikh : 6 - 8 April 2010
Lokasi : JPN Melaka
Peserta : Pengurus Kualiti
Negeri Terlibat : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, WPKL, WP Putrajaya
Urus setia (Penginapan & Pengangkutan) : Melaka

4. Mesyuarat Penyelarasan MS ISO 9001:2008 zon 4

Tarikh : 21 - 23 April 2010
Lokasi : JPN Terengganu
Peserta : Pengurus Kualiti
Negeri Terlibat : Kelantan, Terengganu, Pahang
Urus setia (Penginapan & Pengangkutan) : Terengganu




Jumaat, 19 Februari 2010

Objektif Kualiti BPSH/JPN/PPD

Objektif Umum
  1. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses penempatan guru sekurang- kurangnya sekali setahun.
  2. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses pertukaran guru.
  3. Melaksanakan proses penempatan guru berdasarkan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  4. Memastikan 80% keperluan guru di sekolah dipenuhi pada hari pertama persekolahan.
  5. Memastikan semua pegawai dan staf Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengikuti latihan 7 hari setahun.

Objektif Kualiti

Penempatan Guru
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian memastikan penempatan guru ke Jabatan Pelajaran Negeri diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh senarai guru di terima bagi setiap lokasi.

Pertukaran Guru

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian memastikan 100% permohonan pertukaran guru antara negeri yang memenuhi syarat diproses, dan mengeluarkan surat jawapan dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup permohonan yang ditetapkan sehingga tarikh permohonan diluluskan bagi pertukaran Januari dan 30 hari pertukaran Jun.
  • Jabatan Pelajaran Negeri memastikan 100% permohonan pertukaran guru dalam negeri (antara daerah) yang memenuhi syarat diproses dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup permohonan yang ditetapkan sehingga tarikh permohonan diluluskan.
  • Pejabat Pelajaran Daerah memastikan 100% permohonan pertukaran guru dalam daerah yang memenuhi syarat diproses dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup permohonan yang ditetapkan sehingga tarikh permohonan diluluskan.

Skop Pelaksanaan

PK 01 – Pengurusan Penempatan Guru
PK 02 – Pengurusan Pertukaran Guru
PK 03 – Pengurusan Pemantauan
PK 04 – Pengurusan Aduan
PK 05 – Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK 06 – Pengurusan Latihan Personel
PK 07 – Pengurusan Perolehan
PK 08 – Pengurusan Penyelenggaraan
PK 09 – Pengurusan Audit Dalam
PK 10 – Pengurusan Kawalan Dokumen Dan Rekod
PK 11 – Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
PK 12 – Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/Perkhidmatan

Jumaat, 12 Februari 2010

Dasar Kualiti BPSH/JPN/PPD

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan perkhidmatan utama bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Dasar ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi penyemakan objektif bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.
Dasar ini akan disebarkan melalui saluran komunikasi yang ada kepada setiap warga organisasi untuk difahami dan dihayati.