Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 3


Mesyuarat tersebut telah dilaksanakan mulai 6 hingga 8 April di Bilik Mesyuarat Kesidang, JPN Melaka. Negeri yang terlibat dalam mesyuarat zon 3 ini ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Pengerusi Mesyuarat ialah Pengurus Kualiti BPSH. Kesemua negeri dihadiri oleh Pengurus Kualiti masing-masing kecuali Johor dan Negeri Sembilan yang menghantar wakil kerana berlaku penstrukturan dan Pengurus Kualiti yang baru masih belum dilantik secara rasmi.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari itu telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan SPK seperti Penyelarasan Dokumen Kualiti, Penyelarasan Pengurusan Audit Dalam, Kursus Juru Audit, MKSP, Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/Perkhidmatan serta Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan. Kursus SPSS juga diadakan pada hari akhir yang turut melibatkan beberapa orang kaki tangan JPN Melaka.

Mesyuarat memutuskan perhatian harus diberikan kepada negeri Johor dan Negeri Sembilan kerana berlaku perubahan pengurusan kualiti.

Tiada ulasan: