Khamis, 25 Mac 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 2

Tarikh : 23 - 25 Mac 2010

Tempat : PPD Kuala Muda Yan, Kedah


Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras perkara-perkara berikut:


  • Dokumen Kualiti BPSH/JPN/PPD

  • Pengurusan Audit Dalam BPSH/JPN/PPD

  • Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

  • Kawalan Ke atas Ketidakakuran Produk / Perkhidmatan

  • Pengurusan Pemantauan

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengurus Kualiti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pengerusi Mesyuarat ialah Pengurus Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat memutuskan Pengurus Kualiti Negeri perlu mengadakan Kursus Juru Audit Dalam dengan kadar segera untuk melayakkan Juru Audit Negeri mendapat Sijil Perlantikan Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2008 sebelum proses Audit Dalam berlangsung pada bulan Jun nanti. Sijil pelantikan akan dikeluarkan oleh BPSH.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini berjaya menyelaraskan semua perkara seperti yang dirancang. Penyelarasan ini penting dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti BPSH, JPN dan PPD berjalan dalam keadaan terkawal dan seragam.



2 ulasan:

djay johor berkata...

Tahniah.. instrument penyampaian maklumat ini memang sesuai.. namun sedikit cadangan.. sila layari web ini : http://spk.jkr.gov.my/index.php

QM BPSH berkata...

TERIMA KASIH ATAS CADANGAN TUAN.
LAMAN WEB TUAN MEMANG BAGUS. MOHON DIJADIKAN SEBAGAI PANDUAN DALAM MENGEMASKINI BLOG INI. TERIMA KASIH.