Isnin, 10 Mei 2010

Kursus Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 tahun 2010

Berikut ialah Jadual Kursus Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2008 bagi tahun 2010 yang dianjurkan oleh TOMC.  Pengurus Kualiti JPN/ PPD yang berminat sila hubungi Pengurus Kualiti BPSH untuk tindakan pendaftaran.  Semua kos adalah dibawah tanggung jawab jabatan masing-masing.


Pensijilan MS ISO 9001:2008

Tahniah kepada Bahagian Pengurusan sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah kerana berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati ISO 9001:2008.
Tarikh sijil dikeluarkan : 10 Mac 2010
Tempoh Sah : 10 Mac 2010 - 2 November 2012
No. Pensijilan : AR 4166

TAHNIAH
dari Wakil Pengurusan BPSH

Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 Negeri Perlis

JPN Perlis telah melaksanakan 2 Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 iaitu :
a) Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 untuk 40 orang AKS JPN Perlis pada 29 April 2010 di PKG Kayang, Perlis ; dan
b) Kursus Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008 untuk 40 orang Pegawai-pegawai JPN Perlis pada 5 Mei 2010 di BTPN Perlis.

Tahniah diucapkan kepada Pengurusan Kualiti Negeri Perlis yang berjaya menganjurkan kedua-dua kursus tersebut.

Jumaat, 30 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 4


Mesyuarat tersebut berlangsung mulai 21 April 2010 sehingga 23 April 2010 di Rumah Tamu, Jabatan Pelajaran Terengganu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dihadiri oleh Pengurus Kualiti Negeri Kelantan, Pengurus Kualiti Negeri Terngganu dan Pengurus Kualiti Pahang. Mesyuarat tersebut telah membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS IDO 9001:2008 iaitu penyelarsan Dokumen Kualiti, Pengurusan Audit Dalam, Pengurusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, Pemantauan Tindakan pembetulan dan Pencegahan. Pendedahan mengenai Kawalan Perkhidmatan Tidak Akur, Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan juga turut diberikan. Modul Latihan Juru Audit dibekalkan kepada Pengurus Kualiti Negeri untuk kursus juru audit di negeri masing-masing.

Mesyuarat zon 4 ini merupakan mesyuarat penyelarasan yang terakhir meliputi kesemua negeri. Hasilnya diharap semua Pengurus Kualiti Negeri berupaya mengurus Sistem Pengurusan Kualiti di negeri masing-masing seperti yang telah dirancangkan dengan berkesan.

Mesyuarat Penyelarasan MS ISO JPN/PPD Sarawak

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 22 April 2010 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat JPN Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :
a) Dokumen kualiti telah diedarkan pada bulan April 2010. Kelewatan berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi.
b) Pertukaran Guru - Kes rayuan setelah permohonan tukar tidak berjaya tidak terdapat dalam prosedur. Rekod bagi kes berkaitan dimasukkan dalam fail berasingan.
c) Pertukaran Guru - Permohonan pertukaran dan pengesahan dilaksanakan secara online. Cetakan maklumat berkaitan perlu sebagai rekod namun sekiranya rekod secara online / softcopy dapat dikemukakan sebagai bukti, penyimpanan secara online / softcopy dibenarkan.

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 BPSH/JPN zon 3


Mesyuarat tersebut telah dilaksanakan mulai 6 hingga 8 April di Bilik Mesyuarat Kesidang, JPN Melaka. Negeri yang terlibat dalam mesyuarat zon 3 ini ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Pengerusi Mesyuarat ialah Pengurus Kualiti BPSH. Kesemua negeri dihadiri oleh Pengurus Kualiti masing-masing kecuali Johor dan Negeri Sembilan yang menghantar wakil kerana berlaku penstrukturan dan Pengurus Kualiti yang baru masih belum dilantik secara rasmi.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari itu telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan SPK seperti Penyelarasan Dokumen Kualiti, Penyelarasan Pengurusan Audit Dalam, Kursus Juru Audit, MKSP, Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/Perkhidmatan serta Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan. Kursus SPSS juga diadakan pada hari akhir yang turut melibatkan beberapa orang kaki tangan JPN Melaka.

Mesyuarat memutuskan perhatian harus diberikan kepada negeri Johor dan Negeri Sembilan kerana berlaku perubahan pengurusan kualiti.